PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 2017

Salam Pengakap
Salam 1 Belia 1 Malaysia

Program "KHIDMAT MASYARAKAT 2017"

Tarikh : 1 April 2017 ( Sabtu )
Masa : 2.00 p.m sehingga 5.00 p.m 
Tempat Pengumpulan : Pusat Kokurikulum Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
Anda Boleh Menyumbangkan : 

  • Beras
  • Tepung
  • Minyak Masak 
  • Kicap
  • Gula 
  • Garam
  • Milo 
  • Susu Tin
  • Ataupun barang keperluan yang lain 
( sumbangan pakaian tidak diterima harap maaf )

Kewangan Melalui Bank:
08224 41 00006156 3 BSN (Nur Athirah Bt Abd Rahim)
158 462 060 678 Maybank (Nur Najwa Diyana)

Sukacitanya pasukan Pengakap Kelana Kinta A akan mengadakan " Program Khidmat Masyarakat " bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan. Sasaran kami ialah golongan fakir miskin, kurang upaya dan keluarga yang tidak berkemampuan. Anda juga boleh menyumbang dari segi kewangan melalui bank yang dinyatakan di atas. 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia program kami 😊
Abdul Qayyum [ 017-4893736 ]
Athirah [ 014-2705428 ]

" Hulurkan Tangan Ringankan Beban "
" Bersama Kita Membantu Mengubah Nasib Mereka" 😃
🏃🏻
#KelanaKinta
#UtaraSelatanBerpisahTiada
#LuaskanEmpayar

Pelepasan 4 orang Peserta dr Persekutuan Pengakap Kelana Daerah Kinta Perak.

Turut hadir memberi semangat pada peserta pasukan pengakap kelana daerah iaitu:
Tuan Mohamad Noor Afiq
Tuan Marzuki
Tuan Nazmi
Tuan Saiful Azrin

Progrem East Coast Rovers Moot Kuala Terengganu
18-21 Mac 2017
Kem Pengakap Kuala Nerus Kuala Terengganu.

Berikut adalah senarai nama ahli kelana yg akan menyertai.

1)MOHAMAD ZULHUSNI BIN MOHAMAD ZAMRI

2) AMIT RAI A/L SURASE PRASAD

3)MUHAMMAD ESZRUL NAZIM BIN ESHAR

4)NOR AWIZA BINTI MOHAMAD NAWAWI

Semua ahli kelana di atas adalah dari krew kelana Kinta Utara dan Kinta Selatan. Akhir kata semoga berjaya dan ambil ilmu kepengakapan turunkan ke anak2 pengakap di peringkat sekolah atau pun belia...

KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA KINTA ROVERS 2017

Salam Pengakap
Salam 1 Belia 1 Malaysia

Program "Kejohanan Badminton Terbuka Kinta Rovers 2017"

Tarikh : 26 March 2017(ahad)
Masa : 9.00 pg(pendaftaran)
Tempat : Fifole Sport Center Tasek
Yuran penyertaan : RM30 setiap kumpulan ( Sijil + hamper + makan + minum + pengurusan)
Bayaran baju : RM30 (Tidak termasuk yuran penyertaan)
Tarikh tutup : 14 March 2017 (Bayaran baju)
17 March 2017 (Bayaran yuran)
Bank in kepada:
081011-29-0000999-5 BSN (Nur Shafiqah Bt Mehad / *Yuran*)
158462083008 Maybank (Hani Maisarah Binti Abd Halim / *Baju*)

Terbuka kepada semua ahli krew pengakap kelana dan belia/beliawanis yang berminat untuk menyertai.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi urusetia program kami 😊
Faqhrul [ 011-21595337 ]
Shafiqah [ 012-4574283 ]

Jom kita sihat 😃
Belia Bersukan Belia Sihat 🏃🏻‍♀🏃🏻
#KelanaKinta
#UtaraSelatanBerpisahTiada
#LuaskanEmpayar



KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS ANJURAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA PERINGKAT DAERAH KINTA 2016


Pengetua
Sekolah-sekolah Daerah Kinta
Yang berkenaan
Tuan,

KURSUS ASAS PERTOLONGAN CEMAS ANJURAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA PERINGKAT DAERAH KINTA 2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta akan mengadakan program seperti ketetapan berikut:

Tarikh                          :        22 Oktober 2016
Masa                            :        8.30 pagi – 4.30 petang
Hari                              :        Sabtu
Tempat                        :       SK Rapat Jaya, Ipoh
Peserta                        :       Pengakap Sekolah Menengah ( 3 orang peserta)
                            (sila bawa kain anduh)
Bayaran Penyertaan :      RM 35.00 per peserta.
                            Bayaran: Tunai/Cek – Persekutuan Pengakap Daerah Kinta
Pakaian                        :      Uniform Pengakap
Pegawai Bertugas    :       En Mohd Nor Afiq – 013 484 5077
                                                                               
3.          Sehubungan itu, mohon tuan yang berminat menyertai agar mengisi borang penyertaan (Lampiran). Namun begitu, pihak tuan hendaklah pengangkautan pergi dan balik untuk pelajar-pelajar terbabit.

4.             Sebarang pertanyaan, boleh berhubung En. Mohd Zamri Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta Selatan ( 012-5700044) atau En Ainal, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta Utara (012-520 9066),

Rujukan :

PORTAL RASMI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA UTARA


Download :

KURSUS KEPIMPINAN UNIT BERUNIFOM T6 2016

PENGETUA
SMK SULTAN YUSSUF,
SMK SERI TEJA,
SMK SERI KAMPAR
Daerah Kinta Selatan

Tuan,

KURSUS KEPIMPINAN UNIT BERUNIFOM TINGKATAN 6 ATAS (PRA –U ) ANJURAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA SELATAN DENGAN KERJASAMA UNIT PEMBANGUNAN SAHSIAH PERSEKUTUAN PENGAKAP DAERAH KINTA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kursus tersebut akan dijalankan seperti ketentuan berikut:

2.1 Tarikh Kursus 26 – 28 OGOS 2016 ( JUMAAT – AHAD )
2.2 Tempat PULARES, BATU GAJAH
2.3 Masa daftar 3.00 petang ( Jumaat )
2.4 Yuran Penyertaan RM 50.00 setiap seorang peserta
2.5 Peserta Tingkatan 6 Atas ( Pra –U ) Setiap sekolah sekurang-kurangnya 10 orang.
2.6 Bayar Tunai / Cek atas nama PUSAT KOKURIKULUM PPD KINTA SELATAN
2.7 Peralatan /Keperluan Bawa keperluan pakaian secukupnya termasuk pakaian sukan/ riadah dan alatulis

3. Sebarang pertanyaan dan maklumat kursus, sila hubungi Tn. Hj. Shahori Mohamad Esa , Pen.PPD Kokurikulum Akademik (0195551544) atau Mohamad Zamri Ismail ( 0125700044 )

Sekian, Terima Kasih



PORTAL RASMI PPD KINTA SELATAN - JPN Perak


Surat Kursus Kepimpinan Unit Berunifom Tingkatan 6


Borang Kebenaran Ibu Bapa

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KERIS PERAK DAN EMAS SIRI 1/2016 (SR) DAN UJIAN LENCANA MAJU, JAYA DAN KEMAHIRAN SIRI 1/2016(SM)

Tuan,

PERKHEMAHAN KERIS PERAK & EMAS SEKOLAH RENDAH ) DAN MAJU, JAYA, KEMAHIRAN ( SEKOLAH MENENGAH ) DAERAH KINTA SIRI 1 / 2016

Sukacita saya diarah merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan @ Utara dan Persekutuan Pengakap Kinta Selatan akan mengadakan Perkhemahan di atas seperti ketentuan berikut:

2.1 Tarikh Taklimat/ Mesyuarat Pelarasan : 20 JULAI 2016 ( RABU ) 2.30 petang
Bilik Gerakan RAPAT JAYA, IPOH
• Sekolah yang mahu menyertai perkhemahan SIRI 1,
sila hantar Pemimpin / guru pengakap untuk taklimat perkhemahan.
2.2 Tarikh Perkhemahan 22 – 24 JULAI 2016 ( JUMAAT – AHAD )
2.3 Tempat Padang SK RAPAT JAYA, IPOH
2.4 Masa daftar 3.00 petang ( Jumaat )

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan yang ingin meyertai perkhemahan tersebut untuk hadir ke taklimat yang telah ditetapkan.

4. Kerjasama dan sokongan tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sila hubungi En. Hamdan Bin Yahya, Penyelia Kokurikulum, PPD Kinta Selatan di talian 05-4650521 / 019-5962622 atau En. Mohd Zamri Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta Selatan ( 012-5700044). jika ada sebarang kemusykilan.


5. Sebayang pertanyaan boleh diajukan kepada En Nazrol Azwan bin Ahmad, Penyelia Kokurikulum Daerah Kinta Utara (011-15345013) atau En Ainal Suhaidi bin Adnan, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kinta Utara (013-5209066)


Saya yang menurut perintah,

Sila muat turun surat berkenaan


PPD KINTA SELATAN @ PPM KINTA SELATAN

PPD KINTA UTARA @ PPM KINTA UTARA