Kerjasama Krew Kelana Daerah Kinta & KLKM UIA Kuantan




Salam Pengakap

Pada 13 - 16 Hb Januari yang lepas . Krew Kelana Daerah Kinta dan KLKM UIA Kuantan telah bekerjasama dalam mengadakan perkhemahan untuk KLKM UIA Kuantan yang bertempat di Ulu chepor .
Tahniah kepada ahli krew yg terlibat .
 Semoga ukhuwah kita semua berpanjangan .
  
Serangkap penghargaan daripada KLKM UIA Kuantan kepada Krew Kelana Kinta :


Dari jauh KLKM berkelana,
Ke negeri asing Perak namanya,
Tujuan asal melengkapkan lencana,
Pengembaraan Perak menarik pengalamannya.



Hentian Amanjaya pembuka bicara,
Menyambut kami tanda pembuka,
Layanan mesra prinsip mereka,
Krew kelana Kinta hebat belaka.

Ulu Chepor kawasannya indah,
Menggamit memori sebuah ukhuwah,
Projek pionering bukannya mudah,
Tunjuk ajar kinta memberi tuah.

Kelana Kinta tinggi ilmunya,
Mengajar kami sebab bersaudara,
Kerana pengakap kami berjumpa,
Biarlah hubungan terjalin selamanya.

Terima kasih buat krew di sana,
Berkongsi pengalaman mencurah jasa,
Kami KLKM UIAM Kuantan sangat terpesona,
Budi baikmu dikenang sentiasa.


Semoga Allah merahmati dan membalas jasa kalian semua. Terima kasih Krew Kelana Kinta. Sekali berpengakap, selamanya berpengakap.

Ikhlas dan salam daripada :
KLKM UIAM Kuantan.



Terima kasih juga dari Krew Kelana Kinta kepada KLKM UIA Kuantan atas kerjasama yang diberikan . 
Maaf daripada pihak kami sekiranya ada kekurangan atau kesilapan semasa kami menjalankan tugas .
 Semoga ilmu yang dikongsi  dapat dimanfaatkan sebaik baiknya .
Semoga kita berjumpa lagi .
 
SAYONARA !
 "KELANA KINTA SEDIA BERKHIDMAT” (18/01/2014)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan