SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA



BUKU PANDUAN DAN SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA



SKIM LATIHAN PENGAKAP KELANA




1. LENCANA KEAHLIAN










Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.


Sebelum dilantik menjadi Ahli Kelana dan dianugerahkan Lencana Keahlian, seorang Bakal Kelana akan diuji dalam perkara-perkara berikut, untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam berpengakap.
1. Memahami dan menerima persetiaan & undang-Undang pengakap.
2. Dapat menerangkan tujuan pergerakan Pengakap dan menyedari peranan pengakap Kelana,
3. Mengetahui sejarah pergerakan Pengakap di Malaysia dan pergerakan pengakap Antarabangsa.
4. Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima enam jam.
5. Mengetahui cara mengikat a. dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut:-


1. Buku Sila (Reef Knot)
2. Bunga Geti (Sheet Bend)
3. Simpul Manuk (Clove Hitch)
4. Tindih Kasih (Bowtine)
5. Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Hatf Hitch) 
6. Lilit Pemati Biasa (Comman Whipping) 
7. lkatan Seraya (Square Lashing) 
8. lkatan Serong (Diagonat Lashing)

6. Mengamalkan ajaran agama masing-masing.



2. LENGANA KEMAHIRAN







Projek Perintis bagi setiap kategori Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti berkhemah,projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah.


A. Berkhemah
1. Pengetahuan dan keborehan berkhemah secara teori dan praktikar berdasarkan tajuk-tajuk berikut: .

          A. Pengurusan dan pentadbiran perkhemahan.
          B. Persediaan sebelum, semasa dan selepas perkhemahan.
          C. Pemilihan tempat dan tapak, penyediaan peralatan dan makanan.
          D. Jenis khemah dan cara mendirikannya.
          E. Dapur, alatan dan gejet serta kegunaannya.
          F. Aktiviti dan program perkhemahan.
          G. Kesihatan dan kebersihan.
          H. Aturan penutupan perkhemahan.

2. Nota: perkara yang perlu dibuat oleh setiap calon:
    · Berkhemah seminima 10 malam di dalam siri-siri perkhemahan dan menyediakan laporan perkhemahan'
     · Mendirikan khemah kecil/ pondok untuk perlindungan.

B. Projek Perintis
1. Mengambil bahagian berkumpulan membuat satu projek perintis bagi setiap kategori yang dinyatakan dibawah;
    · Jambatan.
     · Menara.
     · Lain-lain (merangkumi projek perintis pengangkutan, permainan dan selain daripada yang dinyatakan diatas)

2. Menyediakan model bagi semua projek perintis yang telah dibina dalam bahagian (1) pengurusan kuartermaster:

3. Menyatakan, memahami dan menjalankan peranan sebagai kuartermaster yang menguruskan segala  peralatan dan bahan projek perintis supaya berada dalam keadaan baik, teratur dan selamat



C. Kawad
1. Mengetahui tatacara dan hukuman kawad
     · Kawad kaki pengakap
     · Kawad tongkat pengakap
     · Mengetahui dan meirenuhi segala syarat untuk menjadi seorang ketua kawad


D. Orienteering.
1. Mengetahui asas orienteering dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.

E. Ikhtiar hidup.
1. Mengetahui asas ikhtiar hidup dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.

F. Penganggaran.
1. Mengetahui sistem penganggaran dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan dan aktiviti yang dijalankan.




3. LENCANA PERKHIDMATAN










Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan kecekapan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan perkhidmatan.

A. Bantu Mula - wajib
1. Calon dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-mana persatuan atau mana-mana   Pegawai Perubatan bertauliah yang mengendalikan latihan rawatan dan pertolongan cemas dalam jangka masa tertentu.

2.Calon hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan seperti butiran dibawah dan juga mempunyai kemahiran bertindak memberi rawatan kecemasan:
     · Mengetahui tujuan dan peraturan rawatan kecemasan dan keadaan yang memerlukannya. 
     · Mengetahui dan memahami struktur tubuh badan dan peranannya. 
     · Mengetahui peredaran darah manusia serta jenis pembaluh. 
     · Mengetahui jenis-jenis luka serta jenis pembalutan serta cara menghentikan pendarahan dari mulut, hidung dan telinga. 
     · Mengetahui cara merawat gigitan serangga, binatang kecil dan binatang berbisa. 
     · Mengetahui punca dan cara merawat keracunan daripada makanan bahan kimia dan lain-lain.
     · Mengetahui sistem pernafasan manusia dan merawat permasalahan bantu mula bagi permasalahan berkaitan dengan sistem pernafasan. 
     · Mengetahui dan mengaplikasikan teknik pemulihan pernafasan (CPR). 
     · Mengetahui dan merawat jenis patah tulang dan anduhan serta cara memindahkan mangsa yang cedera.
     · Mengetahui Peti Pertolongan cemas serta alatan di dalamnya.

B.Kebajikan Am - Wajib
1. Menganjurkan suatu projek Perkhidmatan Masyarakat yang melibatkan masyarakat setempat.

    DAN ( Minima SATU daripada Bahagian C dan D ).

C.Pemelihara Alam Sekitar.
1. Calon dikehendaki berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah atau Jawatankuasa Program Daerah untuk menentukan projek-projek kempen pemeliharaan alam sekitar yang dapat dijalankan ditempat masing-masing dalam tempoh 3 bulan.

2.Antara projek-projek yang disyorkan adalah seperti :
     · Kempen Kebersihan Alam Sekitar.
     · Kempen Kitar Semula.
     · Kempen Kawasan Angkat Krew'

D. Kebajikan.  
1.Menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa bencana
alam. 
2. Menjalankan Projek Anak Angkat Krew Pengakap Kelana samada kepada
Kumpulan-kumpulan Pengakap atau kawasan-kawasan yang bersesuaian untuk
perkhidmatan berterusan.
3.  Menderma darah seminimum 3 kali kepada hospital Kerajaan atau Pusat Darah Negara serta mempunyai rekod yang sah.
4. Menjalankan perkhidmatan di Rumah-Rumah Kebajikan.




4. LENCANA PENGEMBARAAN











Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan pengembaraan tersebut.


A.Pengembaraan.
1.Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan berikut:
     · Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam).
     · Berdayung sampan lkayaVrakit sejauh 30km (masa bermalam: minima 2 malam)'
     · Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam).
     · Bermotorsikal sejauh 500km (masa bermalam: minima 2 malam)'
     · Berkereta sejauh 800km (masa bermalam: minima 2 malam).
     · Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km (masa bermalam: minima 2 malam).

* Semua perjalanan di atas hendaklah merangkumi tidak kurang dari 3 perialanan kecil yang berasingan dan berbeza keadaan geografinnya

B. Laporan Pengembaraan 
 1. Menyediakan buku log pengembaraan yang lengkap dan dikemaskini yang disertakan bahan sokongan seperti gambar,lakaran, peta, rakaman video 
dan menyerahkan kepada penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat pengembaraan.

2. Bahan sokongan.seperti gambar, gambarajah,peta, rakaman video dan seumpamanya hendaklah diserahkan kepada penilai bersama buku log pengembaraan.

C.Persediaan perjalanan
1. Setiap pengembaraan perlu ada persediaan dan destinasi hendaklah dirancang terlebih dahulu.

2. Tempat-tempat sejarah dan rekreasi,. perusahaan kampung, penghidupan kerompok kecil, penempatan orang asli dan tempat-tempat yang memberi cabaran eloklah dimasukkan ke dalam program pengembaraan.

3. Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua Kelana, Ketua Kelana hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi memastikan pengurusan pengembaraan itu mengikut cara berpengakap.

4. Mesti mengetahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan. pekara penting yang wajib ada;
     · Tarikh, masa, dan tempat, waktu tiba dan waktu berlepas.
     · Peta pengembaraan dan gambaran keadaan alam semula jadi. 
     · Rekod temu ramah, kajian, dan pendapat.
     · Projek ( jika dikehendaki membuat projek, lokasi, penyertaan masyarakat, masalah, kejayaan.) 
     · Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto,rakaman, video, puisi dan sebagainya.
     · Langkah keselamatan hendaklah diutamakan. (penilaian dan risiko ).

D.Peringatan
1. Calon boleh melaksanakan pengembaraan di dalam satu krew di antara 2 hingga 4 orang sahaja.
Pemakluman Pengembaraan dan kebenaran pesuruhjaya Daerah serta pihak berkuasa
(Polis, Jabatan Hutan,) hendaklah diperoleh sebelum pengembaraan.

2. Calon hendaklah sentiasa menjaga imej pengakap Kerana dan juga menunjukkan contoh teladan yang baik kepada masyarakat.

E.Kajicuaca
1. calon hendaklah mencatatkan pemerhatian keadaan cuaca di sepanjang pengembaraan dengan. format yang lengkap seperti .catatan  keadaan cuaca semasa, kedudukan arah angin, bacaan suhu, ketinggian (altitude) jenis awan dan  lain-lain yang berkaitan dengannya.




5. LENCANA KEPIMPINAN











Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana,sebagai mengakui berbagai kemahiran, kepimpinan & pengurusan dgn memperlihatkan tahap tertinggi dlm melaksanakan program seperti Kursus, Seminar,Bengkel, Campfire Night.


1. Menjalankan salah satu daripada perkara-perkara berikut:

A. Kursus Kepimpinan Manikayu
1.Menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu sehingga Peringkat ll.
ATAU

B. Pengurusan Acara
1. Mergetuai sebuah Jawatankuasa atau mengambil bahagian dalam sebuah jawatankuasa penganjuran sesuatu acara contohnya ; Perkhemahan Daerah, Jambori, perhimpunan Kelana, Forum, Seminar, Bengkel, Kursus dan lain-lain.
ATAU

C. Kursus Pemantapan
1.Menghadiri kursus pemantapan dan kecemerlangan diri contohnya; Kursus Motivasi,
Kursus Pengurusan Masa, Kursus Pendidikan Kesihatan dan lain-lain.
ATAU

D. Komunikasi dan Pengucapan Awam
1.Menghadiri kursus Pengucapan Awam dan Komunikasi yang dianjurkan oleh pihak yang bertauliah.
ATAU

E. Pentadbiran
1. Menjawat jawatan Pentadbiran dan didalam mana-mana persatuan yang diiktiraf dan sah dari undang-undang.
ATAU

F. Anugerah Kepimpinanan
1. Menerima Anugerah Kepimpinanan daripada mana-mana organisasi dan agensi
contohnya; Anugerah Kepimpinanan Perdana, Anugerah Remaja Perdana, Anugerah Kepimpinan Belia dan lain-lain.




6. LENGANA ICT











Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam teknologi komunikasi maklumat dan hubungan antarabangsa.

A. Teknologi Maklumat
1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
     · Mengetahui perkara-perkara asas berkenaan pengendalian komputei. e Boleh melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses pencarian maklumat. 
     · Menyediakan sebuah persembahan / laporan / log yang sesuai dengan menggunakan perisian-perisian berikut bagi: 
     · Windows, Linux, Macintosh. 
     · Microsoft Office Word, Excel dan Power Point. 
     · Menghasilkan sebuah persembahan multimedia. 
     · Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan.


ATAU


B. Komunikasi dan Perhubungan
1. Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

     · Mengirim berita menggunakan Kod Morse (Lampu atau buzzer) dengan kelajuanseminima 15 perkataan seminit. 

     · Mengirim berita menggunakan isyarat bendera Semaphore dengan kiraan seminima 25 perkataan seminit.

     · Lulus peperiksaan Lesen B Radio Amatur yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


ATAU


C. Perhubungan Antarabangsa
1. Melibatkan diri secara aktif di dalam mana-mana aktiviti Kelana peringkat antarabangsa atau menjalankan aktiviti yang menghubungkan persaudaraan di antara Kelana Malaysia dan Kelana-Kelana Antarabangsa.



7. LENCANA AKTIVITI EKSTREM








Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam, eksplorasi, berakit dan aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan tersebut.


1. Telah melibatkan diri seminima TIGA kali di dalam mana-mana SATU daripada kegiatan ekstrem dibawah:
     ·                     Mendaki Gunung.  
     ·                     Menyelam Skuba (Scuba Diving)'
     ·                     Berakit diAir Deras (White Water Rafting).
     ·                     Berkayak di Laut / Sungai (Kayaking)
     ·                     Eksplorasi Gua (Caving).
     ·                     Wall I Rock Climbing.
     ·                     Paintball dan Sukan-sukan Ekstrem yang lain.
     ·                     Lain-lain aktiviti yang dinilai berkaitan dengan aktiviti ekstrem.




8. LENCANA PENYELAMAT NYAWA









Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan perkhidmatan penyelamat nyawa, khidmat bantu mula,pengurusan risiko dan ikhtiar hidup.


1. Memiliki salah satu daripada empat kelayakan menyelamat nyawa seperti dibawah dan
sentiasa bersiap sedia di dalam memberikan perkhidmatan;
     · Outdoor Survival.
     · Pertolongan Cemas peringkat tertinggi (Advance)
     · Bronze Cross
     · Pengurusan Risiko (Risk Management Course)





9. LENCANA KEUSAHAWANAN 












Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran tahap tertinggi, kegiatan dan rancangan seperti penternakan, perikanan,pertanian, perladangan dan perniagaan dengan memperlihatkan dalam melaksanakan program danperkhidmatan.


1. Menjalankan salah satu daripada aktiviti-aktiviti keusahawanan seperti berikut selama seminima enam bulan dan menyediakan penyata kewangan yang lengkap dan disahkan;
     · Penternakan
     · Perikanan
     · Pertanian / Perladangan
     · Perniagaan



10. ANUGERAH B.P.


1. Setelah seseorang Pengakap Kelana itu telah memenuhi dan mencapai syarat-syarat Lencana-Lencana Pengakap Kelana iaitu Lencana (wajib) dan lencana (pilihan), Pengakap Kelana itu akan dianugerahkan Anugerah B-P.Untuk mendapatkan Anugerah B-P ini,

2. Pengakap Kelana tersebut hendaklah berumur diantara 18 hingga 25 tahun sahaja.

3.Borang Pencalonan Anugerah B-P akan disediakan oleh pihak lbu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.

4.Sijil dan Anugerah B-P ini, akan dikeluarkan oleh lbu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.