SEJARAH PENGAKAP
Pada
 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah 
berhampiran Hyde Park, London. Bayi itu dinamakan Robert Stephenson 
Smyth Baden Powell. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu 
seorang maha guru di Universiti Oxford. Ibunya ialah anak seorang 
Laksamana British bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang 
adik-beradik. Pada usia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan 
tinggallah beliau dalam pemeliharaan ibunya. Beliau sangat gemar kepada 
penghidupan di luar rumah. Beliau terkenal dengan nama ringkas BP. BP 
amat sayang kepada kanak-kanak.
BP
 ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan
 ditempatkan di India pada tahun 1876 dan kemudian mendapat pangkat 
Ketua Inspektor pada tahun 1903.Dalam satu serangan terhadap Mafeking 
pada tahun 1899, BP merancang membawa pesanan-pesanan dan menggantikan 
askar-askar di medan perang dengan kanak kanak yang tinggal di bandar 
yang diserang itu.
Kepantasan
 dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan kesan yang amat dalam pada 
hati BP dan pada tahun 1907, ketika pulang ke England, beliau telah 
menganjurkan suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi 
kanak-kanak lelaki.Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, 
pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku bernama Scouting For 
Boys.BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan Negara. Kejayaan 
ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman yang sezaman dengannya. Inti
 daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan teratur bagi 
kecekapan dan tatatertib yang mengembangkan dasar dasar asas seorang 
manusia.
Dalam
 Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia, BP telah dilantik menjadi 
Pengakap Agung bagi seluruh dunia.Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 
tahun, BP bersama-sama isterinya. Lady Baden Powell, seorang yang telah 
bersungguh-sungguh membantu BP dalam segala kerja mengembangkan 
pergerakan pengakap, dengan disertai oleh anak-anaknya, meninggalkan 
Bandar Raya London menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah 
kampung yang aman dengan pemandangan yang indah, hutan yang menghijau, 
kemuncak gunung yang diselaputi oleh saiji; di situlah BP berehat 
setelah lama berbakti kepada dunia.Buku Scouting For Boys dijadikan 
panduan untuk semua pengakap dunia. Ramai yang telah menerima ideanya 
kerana ini terbukti dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia 
kecuali negara-negara komunis.Pergerakan pengakap telah memberi peluang 
kepada muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan telah 
menunjukkan kecekapan dalam berbagai perkara yang diuji.
Pada
 mulanya masyarakat menganggap perkhemahan sebagai sesuatu yang janggal,
 tetapi Lord Baden Powell telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini 
perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan pengakap malah di kalangan 
masyarakat biasa.Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah 
scperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia. Pada tahun 1937,
 beliau menerima Order of Merit. Beliau telah meneruskan usaha dalam 
lapangan ini sehingga berumur 80 tahun.Beliau kemudiannya melancong ke 
serata pelosok dunia untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan 
pandu puteri.
Seumur
 hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan kegembiraan kepada orang lain 
melalui pergerakan pengakap.Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian 
besar bagi semua orang khususnya pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP
 meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di bawah 
bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.
Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam pergerakan ini ialah :TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-KERJAMU.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA
Pergerakan
 Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands 
menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 
2hb Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di 
England.
Bergerak
 dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak 
Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik 
A.Z.Alsagoff,juga di Singapura.
Negeri
 Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) 
oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah 
G.M.Laidlow meninggal.
Pada
 tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, 
Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan 
ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah 
menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free 
School pada tahun 1915.Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong 
Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya.
Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.
Pada
 tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor 
pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya 
di Maktab Sultan Abu.Bakar.Melaka dan Negeri Sembilan memulakan 
pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan 
pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar.
Terengganu
 dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di 
Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad 
Temenggong.Perlis pula ialah pada tahun 1931.
Sarawak
 menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. 
Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah 
Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia.
Pada
 tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah
 Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap
1910 Singapura F.C. Sands
1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman
1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff
1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker
1926 Perak I.R. Wheeler
1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone
1926 Selangor Ameen Akbar
1928 Johor
1927 Terengganu A.J. Gracle
1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan