JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA PERAK (PIJ 2014)


Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri perak akan menganjurkan JAMBORI PENGAKAP ANTARABANGSA PERAK / PERAK INTERNATIONAL SCOUTS JAMBOREE 2014 (PIJ 2014) seperti ketetapan berikut:

TEMA : "APRESIASI BUDAYA DAN PELANCONGA"

Tarikh : 24 hingga 30 November 2014
Tempat : Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan
Bayaran Penyertaan : RM 80.00 seorang

** Syarat-Syarat Penyertaan:
  1. Peserta-peserta terdiri daripada Pengakap Muda, Remaja yang telah membaharui Pendaftaran Keahlian bagi tahun  2014.
  2. Penyertaan hendaklah melalui Kontinjen Pengakap Daerah / Negeri / Negara.
  3. Jawatankuasa Pengelola Jambori Pengakap Antarabangsa Negeri Perak Darul Ridzuan tidak bertanggungjawab sekiranya sebarang kemalangan berlaku semasa Jambori dan ianya adalah tanggungjawab Ketua Kontinjen Negeri / Negara tersebut.
  4. Peserta yang hadir digalakkan mempunyai Insuran Perlindungan secara individu atau kumpulan. Insuran bagi semua Jawatankuasa dan kakitangan Jambori akan diuruskan oleh urusetia.

# Surat & Borang PIJ 2014 :
01 - Surat Siaran Jambori Pengakap Antarabangsa Perak 2014
02 - Maklumat Umum Jambori Pengakap Antarabangsa Perak 2014
03 - Borang Permohonan/ Penyertaan

Untuk maklumat lanjut boleh membuka laman sesawang Jambori Antarabangsa Perak ke-25 atau boleh menghubungi terus pihak penganjur:


Telefon/Fax : 09-5360486
Email : jamboriperak@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan