Perkhemahan Daerah Siri 2

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KERIS PERAK DAN KERIS EMAS (SR) DAN UJIAN LENCANA MAJU, JAYA DAN KEMAHIRAN (SM) SIRI 2/2015

Sasaran Makluman : Pemimpin Pengakap (SR), (SM) dan Calon Pengakap Raja (CPR).


Salam pengakap,


Untuk makluman tuan, PPM Daerah Kinta Utara Dan Kinta Selatan dengan kerjasama PPD Kinta Utara dan PPD  Kinta Selatan akan mengadakan  program seperti di atas. Program tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :
                               
                                                Tarikh                     :    16 – 18 Oktober 2015 ( JUMAAT  – AHAD )
                                                Masa                       :    3.00 petang  ( 16.10.2015) hingga
                   12.00 tgh ( 18.10.2015)

                                                Tempat                  :    Padang Sekolah SK Rapat Jaya, Ipoh.

Mesyuarat Penyelarasan perkhemahan ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

                                               Tarikh                      :    07 Oktober 2015 ( Rabu )
                                                Masa                       :    2.30 petang 
                                                Tempat                  :    SK Rapat Jaya, Ipoh.

Kepada semua pemimpin (SR) dan (SM) yang berminat untuk menyertai program di atas. Sila muat turun bahan-bahan berkaitan untuk urusan pendaftaran pernyertaan perkhemahan bagi murid/pelajar sekolah tuan/puan:-


Untuk Peserta Sekolah Rendah (SR)

klik di sini -  Kit Maklumat dan Borang-Borang Penyertaan Ahli Pengakap Kanak-Kanak (SR)

Untuk Peserta Sekolah Menengah (SM)

klik di sini - Kit Maklumat dan Borang-Borang Ahli Pengakap Muda / Pengakap Remaja (SM)


Manakala kepada Calon Pengakap Raja (CPR), yang ingin melengkapkan perkhidmatan daerah, sila muatturun borang berkenaan untuk urusan pendaftaran sebagai perkhidmatan/helper dalam perkhemahan di atas. Bayaran untuk CPR yang akan melaksanakan Perkhidmatan Daerah adalah RM 15.00 (untuk makan /minum dan pengurusan). Selain itu, satu taklimat khas untuk CPR yang akan mengikuti Kem Pentarafan Pengakap Raja. Taklimat khas ini akan diadakan pada ketentuan berikut:-

 Untuk Calon Pengakap Raja ( Perkhidmatan Daerah)

klik di sini - Kit Untuk Perkhidmatan Daerah


Surat Makluman perkhemahan ini boleh juga didapati di Laman PPD masing-masing.

Cara Untuk Mendokumentasikan Borang Penyertaan:

Sila susun borang-borang (Hard Copy)  dengan ketetapan seperti berikut:-

1. Borang Penyertaan Sekolah.
2. Borang Pelepasan Tanggungan
3. Borang Perakuan Kesihatan.

(Salinan ' Soft Copy' Borang Penyertaan Sekolah 'Ms Excel' perlu diemelkan ke ainal82@live.com )

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Zamri Bin Ismail (012-5700044) atau En. Ainal Suhaidi Bin Adnan Suhaimi (013-5209066). Selain itu, tuan/puan juga boleh menggunakan saluran "Whatapps Pengakap Kinta Utara / Pengakap Kinta Selatan" sebagai medium untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan.

" Once Scout, Always Scout"

Sekian. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan