KURSUS KEPIMPINAN UNIT BERUNIFOM T6 2016

PENGETUA
SMK SULTAN YUSSUF,
SMK SERI TEJA,
SMK SERI KAMPAR
Daerah Kinta Selatan

Tuan,

KURSUS KEPIMPINAN UNIT BERUNIFOM TINGKATAN 6 ATAS (PRA –U ) ANJURAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA SELATAN DENGAN KERJASAMA UNIT PEMBANGUNAN SAHSIAH PERSEKUTUAN PENGAKAP DAERAH KINTA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kursus tersebut akan dijalankan seperti ketentuan berikut:

2.1 Tarikh Kursus 26 – 28 OGOS 2016 ( JUMAAT – AHAD )
2.2 Tempat PULARES, BATU GAJAH
2.3 Masa daftar 3.00 petang ( Jumaat )
2.4 Yuran Penyertaan RM 50.00 setiap seorang peserta
2.5 Peserta Tingkatan 6 Atas ( Pra –U ) Setiap sekolah sekurang-kurangnya 10 orang.
2.6 Bayar Tunai / Cek atas nama PUSAT KOKURIKULUM PPD KINTA SELATAN
2.7 Peralatan /Keperluan Bawa keperluan pakaian secukupnya termasuk pakaian sukan/ riadah dan alatulis

3. Sebarang pertanyaan dan maklumat kursus, sila hubungi Tn. Hj. Shahori Mohamad Esa , Pen.PPD Kokurikulum Akademik (0195551544) atau Mohamad Zamri Ismail ( 0125700044 )

Sekian, Terima Kasih



PORTAL RASMI PPD KINTA SELATAN - JPN Perak


Surat Kursus Kepimpinan Unit Berunifom Tingkatan 6


Borang Kebenaran Ibu Bapa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan